bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Monday, February 4, 2013

Aku Gadis Berpurdah




keinginan aku untuk berpurdah mula timbul sewaktu aku di kolej. bukan faktor kawan dan bukan jugak sebab ummi dulu penah berpudah. keinginan tu tiba-tiba timbul sikit-sikit. aku tak tau macam mana nak explain. ummi pakai purdah dari tahun 1991 hingga tahun 2004 tak silap. ummi dah tak pakai purdah skarang atas sebab dia sendiri. tahun lepas aku luahkan hasrat hati aku untuk berpurdah walau aku tau yang aku masih belum cukup kuat untuk tu. 
bila aku dah berpurdah orang akan perhatikan setiap bait-bait kata aku. setiap inci tindak tanduk aku akan dinilai. tu yang aku takut. takut yang aku akan bawa fitnah kepada agama. bawa fitnah pada muslimah berpurdah yg lain. Ikhas ke aku ni? batch sesi 2011/2012 ni aku kenal 3 orang muslimah berpurdah. adik-adik junior aku sendiri. ajk2 surau. diorang bukan saja pakai purdah malah turut mengenakan niqab. Subhanallah kuat betul la diorang ni. bukan senang nak tunaikan tuntutan syariat. betul2 memerlukan keazaman yang teguh kerana Allah. prlukan iman yang benar-benar mantap. sampai ke aku ni ke tahap tu?
Sedangkan aku pakai tudung labuh pun orang mengata inikan pulak nak berpurdah. macam mana lah agaknya. kalau roommates aku tak de dalam bilik aku try pakai tudung dan hijabkan wajah aku guna selendang hitam. hmmm terasa ada satu semangat menjalar dalam badan aku. ada satu kekuatan yang menguatkan hati aku. rasa seperti seolah-olah aku adalah mujahidah yang unggul. yang bersedia untuk mengangkat beban dakwah. inilah ROH JIHAD yang aku rasakan. banyak kali aku buat benda yang sama. cuma pakai dalam bilik je lah. kalau online aku suka tengok gambar-gambar wanita berpurdah. rasa seronok... kagum... teringin sangat nak jadi wanita lindungan Allah.
Aku ada buat dua helai purdah. tapi tak pernah pakai. saja-saja buat.. mana tau hati akan terbuka nanti. aku mengkaji tentang pemakaian purdah. dari pandangan ulama-ulama dan ahli feqah. memakai purdah BUKANLAH SATU KEWAJIPAN.. tetapi bagi sesiapa yang memakainya bemakna dia telah melaksanakan tuntutan syariah. dan WAJIB memakai purdah bagi muslimah yang memiliki paras rupa yang sangat cantik sehingga mampu menaikkan syahwat lelaki. simple kan? so, Hijab Is My Choice. 
tanggal 11 januari 2013.. pukul 4:30 p.m bas akan bertolak dari pilah ke temerloh. sementara tunggu bas aku pergi toilet. aku genggam kain purdah tu. masa nak pakai tu aku asyik berfikir. "betul ke apa aku buat ni?" bukan sebab aku tak yakin. tapi sebab aku takut andai aku kembali ke jalan hitam dulu dan mencemarkan nama muslimah berpurdah. aku takut dengan diri aku sendri. Ya Allah... aku takut aku tak cukup kuat. keluar toilet, aku rasa macam diri aku diperhatikan. malu. takut. segan. nervous.
lama-kelamaan, i get used to it. seronok. terasa bagaikan bidadari dalam syurga. terasa Allah melindungi aku. seronok sangat-sangat.. bila aku tengok budak-budak melayu muslimah ni pakai-pakaian yang sexy, ketat dan jarang aku rasa nak je pimpin tangan diorang dan ceritakan sendiri kat diorang betapa indahnya perasaan menjadi wanita lindungan Allah.
Alhamdulillah... segala puji bagi Allah yang memberi aku kekuatan.. yang memberi aku petunjuk. Tuhan yang membolak-balikkan hati aku.. Sungguh kasih sayang Mu tiada tolok bandingnya. Aku merasakan dosaku amat besar, tapi apabila ku bandingkan dengan KEAMPUNAN Mu ya Allah.. Sesungguhnya keampunanMu jauh lebih besar. Aku sayang Allah...

4 comments:

Red Sakura said...

assalamualaikum aisya.. sye ske smgat awk. sbnrnye sye tgh mnglmi stuasi mcm awk skrg ni. sye mhu mntup wjh sye dr dpndg kaum adam. sbb bg sye, slagi sye xttop wjh sye slagi tu ada sdkit prasaan yg mnyuruh sye utk mnunjukkn wjah sye pd kaum adam utk mgoda mreka. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. tp pd mse yg sme sye ni mnsia biase yg lalai dlm mlkukn printh Nya. mngaji al-Quran pun xbrape pndai dlm bb tajwid.. sbb tu jga sye pk dua tga kali utk mmkai purdah. sye tkot org akn pk "pkai je purdah tp solat xckop mngji xpndai" kdg2 sye musykil dgn dri sye sndri. same ad nk mnutup aurat dgn smpurna atau pun x.. boleh x aisya tlg bg pndpt?

aishah~ yAnG hIdUp bAhAgIa said...

wa'alaikumussalam. aseef ea lambat balas komen. :) sy x menafikan bahawa hijrah itu sangat berat dan perit tapi kenyataannya untuk istiqamah itu lebih sakit. jadi persiapan awal tu sangat perlu. berpurdah adalah satu aspek luaran yang di mana orang sekeliling akan menghakimi akhlak dan peribadi. bukan sahaja berpurdah malah menutup aurat dengan sempurna pown terasa payah bila hati kita tak betol2 tekad dan masih mencari2 tujuan 'kenapa' dan 'untuk apa'.perkara pertama yang perlu kita ubah ialah niat. atau hati. bersihkan hati dengan 5 cara. 1)solat 2)puasa 3)zikir 4)membaca al-quran 5)berukhwah. kalau nak berubah jangan fikir lama2. bila 'hidayah' tu datang terus genggam seerat2nya. sebab syaitan sentiasa amik peluang untuk menghasut kita untuk batalkan niat tu. kalau bab ilmu agama, memang semua akan akui bahawa ilmu terlalu cetek untuk dibandingkan dengan cara pemakaian kita yang menonjolkan ciri2 seorang mujahidah @ cara pemakaian sunnah isteri2 nabi. sampai bila nak tunggu ilmu tu penuh? kita sentiasa merasakan bahawa kita kekurangan ilmu. tetapkan niat kerana Allah. tanya diri sendiri "kenapa aku memilih untuk berniqab?". "ikhlaskah aku dlam berniqab?" ada 3 kelebihan yang wanita berpurdah. 1)Allah akan menggabdaka kecantikan nya di dunia sebanyak 13 kali ganda kecantikan sebenar. 2. Di akhirat Allah swt akan tingkatkan kecantikannya 70 x ganda dari kecantikan bidadari La aiba. Seorang bidadari yang Allah swt ciptakan dengan tangan-Nya sendiri

3. Di surga ada pasar hari Jum`at, orang semua pergi menjumpai Allah swt, tetapi orang yang pakai purdah di dunia ditemui Allah swt lagsung ke kamar- kamarnya.

KEEP ISTIQAMAH WITH OUR PURDAH YA AKHWATI FILLAH. (-^_^-)

Aku berniqab bukan mahukan pujian...

Aku berniqab bukan mahu menunjuk alim...

Aku berniqab bukan mahu menunjukkan diriku hebat...

Tapi aku ingin rendahkan diriku sebagai seorang hamba Allah yg daif...

Jika kamu ingin terus menabur fitnah...teruskan dengan ceritamu itu...

Silakan...aku tidak layak menghukum...tapi aku punya ALLAH...

Aku berlindung cuma dengan nama Allah dari setiap kejahatan manusia...

Aku tak sempurna...usah kata diriku sempurna...

Jika aku melakukan kesilapan...jangan terus melatah menunung jari...

Tapi aku sedang berusaha menjadi seorang berakhlak dan berilmu...

Aku sedang berusaha...

"BERUSAHA" sebab Allah yg datangkan rasa itu pada ku...

bukan kamu dan bukan juga dia...

Jangan kamu sewenang2nya mempersoal tetang niqabku...

Jika kamu tidak tahu apa niatku...

Apa sebabku...
_______________________________________

Aku tetap KETAWA walau aku di hina...
Aku tetap SENYUM walau hatiku terguris...
Aku tetap TABAH walau aku dalam Ujian dan Dugaan...
Aku tetap SEMANGAT walau aku tertekan oleh kesakitan yg ku alami...
Namun yg penting aku tetap SABAR...

Semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja...
Islam itu indah dan CANTIK...
Kerana indah dan cantiknya AKHLAK...
Yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH...
Suatu hari nanti, jika Allah wujudkan perasaan itu terhadap kamu...
Kamu akan tahu...
INSYA-ALLAH...♥♥ :-) harap bermanfaat ye ukhti. semoga Allah akan beri awak kekuatan.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum kak,hati sy trgerak nk mmakai hijab,brpurdah tp sy tkot sbb ilmu agama sy x smpurna..hati tu mmg kuat nk pkai enth npe

aishah~ yAnG hIdUp bAhAgIa said...

Waalaikumussalam... adik. sesiapa pun akan merasakan bahwa ilmu agama di dada ni cetek. kalau kita jadikan itu sbagai kayu ukuran bila kita akan berhijrah, persoalannya "sampai bila?". apa yang penting.. mulakan langkah pertama dengan perlahan2. mulakan dengan pakaian yg longgar, yg x ketat dan jarang @ tlalu mnonjol warnanya. kmudian labuhkan tudung sewajarnya. tentang niqab... sebelum kita niqabkan wajah, maka niqabkan dulu hati. bila Allah timbulkan keinginan dalam hati adik utk jadi lebih baik, bersyukurlah.. sebab adik insan terpilih utk rasa kasih sayang dan trima hidayah Allah. selagi perkara tu baik dan Allah redha, maka laksanakanlah... :) wallahuaklam.