bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Saturday, July 28, 2012

aWaS!!! KePalSuAn HaDiTh FaDhIlAt SoLaT TaRaWiH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.


Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).


Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.


Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

  1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
  2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
  3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
  4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, July 21, 2012

My AnNoYiNg BrOtHeR!!!!!


aku ada adik lelaki yg agak rapat (rapat kew??) n brutal (brutal lahhh sangat!)Tuzki Rabbit emoticon... tapi malu nak mampos klau brdepan dgn pompuan.Bofu emoticon dr kecik die nie la tempat aku lpas geram marah tensen...Bofu emoticon sb tu blew bsar kjew die nk bantai org jeTuzki Rabbit emoticon. hahaha... aku n die mmg pantang berkasar sket msti nk btumbok bagai...
die nie kalo dah dan naik hantu mmg gaya org kene rasuk. geram je nk jack pwot.
skang nie taon 2012 die mnjangkau umo 16. bersekolah di SBPI TEMERLOH. kira geliga gak la die nie. mse skolah rendah dulu ari2 makan maggy.Bofu emoticon tp rezki dpt gak 5 'ketul' mse UPSR..
PMR yg lpas die dpt 8 'ketul'... Bofu emoticon

bulan 4 lpas tok aku g Jepun. die ad belikan baju tshirt waner itam tulis samurai. lawa taw. tp malaon nie g kebas dr aku. aku pown balas r balik kebas tshirt xboy die. pdn muke! hahaha...

esok aku da nak balik kolej. die pown da nk balik hostel. sbenarnyew aku tulis psal die nie sbab nk knekan die jew. n aq da x tau apew yg nk d tulis. tbew2 mental block. td rse byk bnda nk membebel...
tapewlah nt aku da dpt idea aku post something yg lbeh bernas dr menstory kisah adik itam aku nie. wakakaka..~littlegirlemoticon

AhLaN wAsAhLaN yA rAmAdHaN


Alhamdulillah kitew sume dapat bertemu kembali dgn Ramadhan kali nie. aku kat umah skang neyh. esok balik kolej. sory yer armani sb x dpt join tarawih sekali kat kolej. :p ntah knp hari ni aq rse sebak je... menangis tbe2..

selama ni aku mensia2kan Ramadhan yg dtg. terok btol kan... sedangkan Ramadhan ni bulan umat. konflik penghijrahan aku masih dipertikaikan oleh manusia2 berhati busuk. syukur lah aku terlalu sibuk dgn kebajikan d surau. ini 1 amanah. aku ni bukannye baik pown. tp aku bukan munafik. sekurang2nye aku x perlu pk kan sgt ape yg org nk ckp. mmg aku akui dulu aku nakal. lepak dgn budak motor.. kuar malam.. n mcm2 r lgi tuh sumer. tp aku tau.. ALLAH tu yg pgang hati kita.

''wahai pemegang hati,
tetapkanlah iman ini.
lenyapkan titik titik kejahatan.
penuhi dengan cahaya kebaikan.
lindungi dari jejak syaitan''

da macam2 org ngata aku.. fitnah aku.. diorg ckp aku munafik. ah persetankan kata2 diorg! Allah tu lebih mengetahui apa yg ada d dalam n apa yg ada d luar.. mati nanti pown Allah tgk hati aku. bukan tgk kebecokan mulot diorg tuh. sabar yer Aishah.. hidup ni ibarat musafir yg mencari perhentian.. jadikan Ramadhan kali ni lebih bermakna dr yg sebelumnya.. andai ini adalah Ramadhan yg terakhir buat aku, aku berharap aku berjaya dalam pencarian Redha Mu. seandainya ini adalah Ramadhan yg terakhir buat aku.. aku akan buat yg terbaik dan sesempurna mungkin untuk merebut tempat di jannah Mu. dan seandainya ini adalah Ramadhan yg terakhir buat ku.. aku mohon Allah akan bagi petunjuk kepada keluarga aku, kawan2 aku, n setiap hati2 remaja muslim yg ingin mencari 'jalan pulang'.

Friday, July 13, 2012

RiNdU tAnPa DiUnDaNg....


kali ni aku rasa cam sebak siket. da lame x buka fb. ni td baru bukak. nampak kenangan silam depan mata rasa RINDUKitty Bear emoticon!!!!!! Tuhan je tau prasaan ni skangTuzki Rabbit emoticon. rse nk nangis pown ade. wahahahaha... tp rse mmg da x boleh nk patah balik. sabar je la.. Ya Allah kenapa aku rsa macam ni. aku benci die buat mcm tu kat aku tp blew aku tgk gambar2 die, blog die, n sumer yg berkenaan pasal die aku sanggup torture hati aku sendiri demi melepaskan rindu yg terbuku kat ati nieTuzki Rabbit emoticon. tp blew d pk kan scra rasional dan matang.... aku yo yo o je rindu tahap cipan kat die. die da konpom2 x ingat langsung kat aku. adoii!!! Aishah please..... don't be stupid la. die x rindu pown kat kau. jgn prasan la... pliss!!!! ntah2 die da ad awek.. aaaaaa tidak!!!!!!! littlegirlemoticongrrr~ hurm sakit nyew ati nie. da jauh mmg x di nafikan. aq x tau apew die buat blakang aku. yg aku nmpk just dalam fb je. yg kat luar d dunia realiti tu tah2 berkepit sana sini. haaaaaaa tolong!!! da putus tu putus je la. yg aku nk ingat lg ape hal!! sengalnyew.. haaaa..... sedih tol..~ :( SELAMAT TINGGAL SAYANGKUTuzki Rabbit emoticon... HAHAHAHA POYO JER.. WEKKKKK!!!!!!!!