bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Monday, August 13, 2012

Ya AlLaH sElAmAtKaN rOhInGyA....


bile diperhatikan.. kita kat Malaysia nie edop da terlebeh mewah. semua da lupa diri. budak2 muda kita nak pening kepala.. frust pasal cinta, member, n kelab kete lah.. kelab moto lah... segala kelab pejadah la... kalau online pown asyik melayan fb je kan... tgk n baca benda yang menggelapkan hati. kita sibuk nak tau perkembangan fesyen, perkembangan artis...penah ke terdetik dalam hati kita nak tau ape perkembangan saudara2 Islam kita kat Rohingya? budak2 kita menangis sebab cinta. penah ke kita menangis terguris hati kita tengok saudara2 kitew ditindas, dibunuh, dirogol, diseksa sampai mati... kita lupa diri. kita lupa Tuhan. kita lupa yang kita sumer ni akan MATI. kitew da lupe sumer tu. yang kite tau 'hidup kat dunia nie hanya sekali, so, jom kita enjoy....'.. ape yg enjoynyew kalau dunia nie da tonggang terbalik?! hidup kat dunia belom mati berani la cakap cam tuh.. kat akhirat nanti sanggup cakap macam tu depan Allah? kita mencari kesalahan orang laen kesalahan diri kita x congak.... aku seru pada readers kitew sama2 buat solat hajat kepada saudara2 Islam kite di Rohingya terutamanya dan saudara2 Islam kita di atas muka bumi ni agar diberikan kemenangan dan keselamatan. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani... Yakin lah dengan setiap doa2 yang kita titipkan...
Mengenali Etnik Rohingya:
  • Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk
    asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran
    sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah
    serta ilmiah yang dilakukan.
  • Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).
  • Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di
    Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang
    beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
  • Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
  • Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu
    dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam
    Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen
    antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora
    Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho
    Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.
Punca Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya:
  • Tragedi kemanusiaan yang dialami umat Islam Rohingya pada ketika ini
    berlangsung semenjak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim
    telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Tragedi yang sama juga berulang pada
    tahun 1942, 1968, 1992 dan 2012.
  • Sehingga kini, dilaporkan seramai 1
    juta umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia
    (termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masih
    berada di Arakan.
  • Penderitaan Muslim di Myanmar bermula
    pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang
    asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui
    undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang
    bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah
    junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan
    muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan
    sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka
    dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang
    dikenakan kepada mereka.

  • Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga,
    anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka
    tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran
    daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.
  • Tambah
    menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di
    antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan
    hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka
    dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan
    yang ingin mereka dapatkan.
  • Tambah
    memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun
    menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak
    dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran
    agamanya.
  • Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim
    Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke
    negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi,
    Thailand dan Malaysia.
Fakta-Fakta Penindasan dan Pencabulan Hak Asasi Manusia:
  • Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada
    hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan
    Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan
    pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan
    pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang
    Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya
    dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri
    Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.
  • Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah
    melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera
    Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan setiap
    individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan
    orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan
    terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram.
    Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan
    mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan
    agama secara besar-besaran.
  • Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan
    berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka
    melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan
    dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera
    Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam
    keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain
    berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan
    keselamatan.
  • Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera
    Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
  • Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah ,
    ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki
    mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda
    Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan
    tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan
    pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
  • Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun
    pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera.
    Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang
    ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon
    bimbit.
  • Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di
    Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di
    Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar
    di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa
    Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Gambar-Gambar Keganasan Terhadap Etnik Rohingya:

Peranan Umat Islam:
Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep
persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh
golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu
kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan
konsep persaudaraan sesama muslim. Antaranya ialah dengan menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana.
Bagi yang berkemampuan, anda boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui Tabung Krisis Kemanusiaan Rohingya yang dilancarkan oleh ABIM bagi menyalurkan bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa melalui satu misi
kemanusiaan ke Myanmar yang akan digerakkan oleh agensi kemanusiaan ABIM
iaitu Global Peace Mission (GPM).
Pihak ABIM merayu seluruh rakyat
Malaysia agar menyalurkan segala bantuan kewangan ke akaun GPM
14-023-01-002922-4 (Bank Islam) atau 5642-2161-1602 (Maybank).
sumber: wikipedia, http://www.abim.org.my, http://www.ustazshauqi.com, http://addin77.blogspot.com, billyinfo.blogspot.com

Saturday, July 28, 2012

aWaS!!! KePalSuAn HaDiTh FaDhIlAt SoLaT TaRaWiH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.


Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).


Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.


Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

  1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
  2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
  3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
  4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, July 21, 2012

My AnNoYiNg BrOtHeR!!!!!


aku ada adik lelaki yg agak rapat (rapat kew??) n brutal (brutal lahhh sangat!)Tuzki Rabbit emoticon... tapi malu nak mampos klau brdepan dgn pompuan.Bofu emoticon dr kecik die nie la tempat aku lpas geram marah tensen...Bofu emoticon sb tu blew bsar kjew die nk bantai org jeTuzki Rabbit emoticon. hahaha... aku n die mmg pantang berkasar sket msti nk btumbok bagai...
die nie kalo dah dan naik hantu mmg gaya org kene rasuk. geram je nk jack pwot.
skang nie taon 2012 die mnjangkau umo 16. bersekolah di SBPI TEMERLOH. kira geliga gak la die nie. mse skolah rendah dulu ari2 makan maggy.Bofu emoticon tp rezki dpt gak 5 'ketul' mse UPSR..
PMR yg lpas die dpt 8 'ketul'... Bofu emoticon

bulan 4 lpas tok aku g Jepun. die ad belikan baju tshirt waner itam tulis samurai. lawa taw. tp malaon nie g kebas dr aku. aku pown balas r balik kebas tshirt xboy die. pdn muke! hahaha...

esok aku da nak balik kolej. die pown da nk balik hostel. sbenarnyew aku tulis psal die nie sbab nk knekan die jew. n aq da x tau apew yg nk d tulis. tbew2 mental block. td rse byk bnda nk membebel...
tapewlah nt aku da dpt idea aku post something yg lbeh bernas dr menstory kisah adik itam aku nie. wakakaka..~littlegirlemoticon

AhLaN wAsAhLaN yA rAmAdHaN


Alhamdulillah kitew sume dapat bertemu kembali dgn Ramadhan kali nie. aku kat umah skang neyh. esok balik kolej. sory yer armani sb x dpt join tarawih sekali kat kolej. :p ntah knp hari ni aq rse sebak je... menangis tbe2..

selama ni aku mensia2kan Ramadhan yg dtg. terok btol kan... sedangkan Ramadhan ni bulan umat. konflik penghijrahan aku masih dipertikaikan oleh manusia2 berhati busuk. syukur lah aku terlalu sibuk dgn kebajikan d surau. ini 1 amanah. aku ni bukannye baik pown. tp aku bukan munafik. sekurang2nye aku x perlu pk kan sgt ape yg org nk ckp. mmg aku akui dulu aku nakal. lepak dgn budak motor.. kuar malam.. n mcm2 r lgi tuh sumer. tp aku tau.. ALLAH tu yg pgang hati kita.

''wahai pemegang hati,
tetapkanlah iman ini.
lenyapkan titik titik kejahatan.
penuhi dengan cahaya kebaikan.
lindungi dari jejak syaitan''

da macam2 org ngata aku.. fitnah aku.. diorg ckp aku munafik. ah persetankan kata2 diorg! Allah tu lebih mengetahui apa yg ada d dalam n apa yg ada d luar.. mati nanti pown Allah tgk hati aku. bukan tgk kebecokan mulot diorg tuh. sabar yer Aishah.. hidup ni ibarat musafir yg mencari perhentian.. jadikan Ramadhan kali ni lebih bermakna dr yg sebelumnya.. andai ini adalah Ramadhan yg terakhir buat aku, aku berharap aku berjaya dalam pencarian Redha Mu. seandainya ini adalah Ramadhan yg terakhir buat aku.. aku akan buat yg terbaik dan sesempurna mungkin untuk merebut tempat di jannah Mu. dan seandainya ini adalah Ramadhan yg terakhir buat ku.. aku mohon Allah akan bagi petunjuk kepada keluarga aku, kawan2 aku, n setiap hati2 remaja muslim yg ingin mencari 'jalan pulang'.

Friday, July 13, 2012

RiNdU tAnPa DiUnDaNg....


kali ni aku rasa cam sebak siket. da lame x buka fb. ni td baru bukak. nampak kenangan silam depan mata rasa RINDUKitty Bear emoticon!!!!!! Tuhan je tau prasaan ni skangTuzki Rabbit emoticon. rse nk nangis pown ade. wahahahaha... tp rse mmg da x boleh nk patah balik. sabar je la.. Ya Allah kenapa aku rsa macam ni. aku benci die buat mcm tu kat aku tp blew aku tgk gambar2 die, blog die, n sumer yg berkenaan pasal die aku sanggup torture hati aku sendiri demi melepaskan rindu yg terbuku kat ati nieTuzki Rabbit emoticon. tp blew d pk kan scra rasional dan matang.... aku yo yo o je rindu tahap cipan kat die. die da konpom2 x ingat langsung kat aku. adoii!!! Aishah please..... don't be stupid la. die x rindu pown kat kau. jgn prasan la... pliss!!!! ntah2 die da ad awek.. aaaaaa tidak!!!!!!! littlegirlemoticongrrr~ hurm sakit nyew ati nie. da jauh mmg x di nafikan. aq x tau apew die buat blakang aku. yg aku nmpk just dalam fb je. yg kat luar d dunia realiti tu tah2 berkepit sana sini. haaaaaaa tolong!!! da putus tu putus je la. yg aku nk ingat lg ape hal!! sengalnyew.. haaaa..... sedih tol..~ :( SELAMAT TINGGAL SAYANGKUTuzki Rabbit emoticon... HAHAHAHA POYO JER.. WEKKKKK!!!!!!!!

Saturday, June 16, 2012

AzAm SaYa UnTuK sEm 3!!


aloha geng! da masok dua minggu aku dalam sem 3 nie. Alhamdulillah aku rasa sangat2 tenang. aku da boleyh keep up dgn study yg tratur, huh aku kene lupakan angan2 bodoh aku tu dulu. just target 4 flat je erk. dengan kawan2 pown aku da boleyh get through. relax sudaa... lagi staon je agy. pas tuh abes la. aku mesti kuat. mesti istiqamah dengan apa yg aku buat. jgn terpengaruh dengan rg utk wat noty tp biar aku yg pngaruh orang untuk berbakti. aku happy sgt dengan life aku skng. hope kehappyan aku nie akan berterusan hingga ke akhir hayat. aku risau la. iman aku nie dah la lebh nips dri kulit bawang. macam mne kalau aku tersesat jalan lagi? macam mana kalau aku mati nt? haaaaa aku x ready!!! bab study lak. aku kne abaikan penat badan dulu. rehat bagi aku adalah 1 kelalaian. elakkan tido petang supaya dpt tido yg perfect pd waktu malamMocMoc Girl emoticon. amalkan solat2 sunat.elakkan mengumpat orgMocMoc Girl emoticon. sabar yer aishah dalam menghadapi ujian hidup. ujian & dugaan tu adalah tanda kasih sayang Alah pada aku. sentiasa bersangka baik pada Tuhan. inyaallah aku akan berjaya dunia & akhirat~MocMoc Girl emoticon

Monday, June 11, 2012

SaYa DaH jAdI sEnIoR!!!!


Yuhuu geng. aku skang da jd senior taw. littlegirlemoticon rse klakar plak ade title 'AKAK'. alhamdulillah my life get better utk sem 3 nie. aq janji utk tebus kesilapan aku dulu. aku tumpang happy gak utk kawan2 prac aku yg dapat result gempak utk PSPM 2 lepas. terer r diorg nie kan. kan kan. aku dapat bilik A2.2.12. sape dak matrik kmns tu tau la erk. klau nk mnx autograp dtg je bilik. ekekeke.. lecturer utk sem nie pown best~ normal ad yg lebih adew yg kurang bile nk d bandingkan dengan lecturer2 sem lepas. tp tu x penting. yg penting ilmu yg die nak sampaikan. alkisah budak junior sesi ni memang agak sengal la. huhuhu. jangan marah yer adik2. tp x sumer. aku dgn kawan2 da x larat nk gelak tgk diorg punye keskemaan tuTuzki Rabbit emoticon. adew ke pakai kad matrik 24 jam. pegi koperasi, n kafe malam2 pon nak pakai. klakar siot. bukan adew org nak scan pon kad tuh. adoyaiii... yg x tahannyew time outing pon pkai kad matrik. bia la kan. diorg bangga la tuh jd budak matrik. paling x bley blah ade sorang junior nie boleh sound senior sebab x pkai kad matrik waktu malam. sengal ke tidak tuh????Tuzki Rabbit emoticon
at last, aku nk ckap yg AKU X SABAR GLER NK JD FREEMAN NIE..littlegirlemoticon(girl~)
bye2222!!!! Tuzki Rabbit emoticon

Monday, May 7, 2012

citer budak bertuah





Uit geng. Da berabadkn aku x post ape ape kt blog ni. Al maklum lah aku kan budak bertuah. Beruk aku mati. Charger lappy shot. Pergh bapak best. Ni pon aku pakai tab ayah aku je ni ha. Aku rasa sepanjang aku menghaib dari dunia blog, mcm mcm kjadian jd. Mcm m cm bnda aku nak edit nieh. Ish malas tol lah. Aku sekarang tgh semester break slamer sbulan. Dok umah je la. Nak g jln kl jmpe member member x dok pitis. Sakit tol. Adeh lagi dua sem nk abes kolej. Benci btol la aku. Sumpah weyh aku tensen tahap gaban. Aku minat bnda laen tp aku kne menghadap benda yg mmg jauh dr klebihan mental n fizikal aku. Huh tp nk x nak kne hadap gak. Yang paling aku benci blew ade budak budak yg x braper nk matured try tarbiah aku. Tarbiah tu aku x kesah la yg bengangnye da la tegur aku macam mcm die tu perfect sangat. Tup tup kantoi der. Die lagi teruk doe dari aku. Sebab tu aku malas nk tegur orang sangat. Nt kne batang edong sendiri lg parah. Ergh jatuh martabat. Moral of the story, klau nk mnegur orang tu boleh tp pastikan yg awak tuh x buat benda tu jugak. Mcm mak ketam aja anak berjalan lurus tp hok die tuh 2x5 jer, kiter salu dengar orang jawa ckp dont judge the book by its cover. Ha ni nk habaq nie, aku jamin mesti korang pnah jmpe due spesis manusia yg aku nk citer nie. Spesis ptama. Korang kenal hamba Allah ni sbagai seorang yg ksar, pemalas, x makan saman, muka tembok n nakal. Tp die x pnah buat benda bnda yg haram .contoh nye macam g clubbing, minum n sory to say, ktagih seks. Spesis kedua korang nmpk die baik nk mampos, sopan santun, pendiam, brbudi bicara nn pendiam tp sbenarnye dalam diam die mmg da smpai tahap kehancuran. Aq da jumpe makhluk makhluk mcm ni. Bagi yg berkenaan klau terbaca post ni jgn la takot. Aku x kn mention la name korang. Aku pegang amanah taw. Tp kes ni aku nk share la sebab ni da jd lumrah edop dunia yg da nk kiamat ni. Da arh mlas arh nk ckp sal orang. Aku n family aku tgh operasi mengupdate rumah baru kitorang kt simpang chenor. Haha baru ke.kuikui. Smalam aku mnebas semak. Pas tu cat bilik.uih nk patah pinggang weyh. Ade la nt nk taruk astro n grill. Esok erm x de ape ape program. Ok da dpt kputusan. Ayah aku ckp sok pg nk g umah simpang. Deko deko la.huhu.