bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Thursday, January 19, 2012

jAnGaN tInGgAlKaN oRaNg YaNg SaYaNg KiTa UnTuk oRaNg YaNg KiTa SaYaNg



Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single..

Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt..

Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku..

Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku..

Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu..

Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn...

Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

~kita akan lebih menghargai seseorang bila kita dah kehilangan dia.sy pernah terbaca komen seseorang di fb..."jgn tinggalkan org yg syg kita sbb org yg kita syg"...menarik kan??kita akan lebih bahagia bila kita bersama org yg syg pd kita berbanding jika kita bersama dgn org yg kita syg.sbb org yg kita syg belum tentu menyayangi kita seikhlas hatinya.sifat saling mempercayai,setia,jujur,saling menghormati amat penting dlm relationship.bila ada yg syg,hargai dia setulusnya.jgn menyesal kemudian hari...~



Sumber: tiEra

PeNgOrBaNaN iBu



Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di jepun.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.


Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.

Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

BiLa AlLaH mEnDuGa KiTa


Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa Allah menurunkan ujian sebegini kepada kita. Adakah Allah tidak menyayangi kita dengan memberikan ujian-ujian yang begitu hebat sehingga kita menangis? Mungkin bagi sesetengah orang dapat bersabar dengan setiap ujian yang diturunkan oleh Allah. Namun begitu, walaupun mereka boleh bersabar tetapi tidak ramai yang boleh bersyukur. Apabila Allah memberikan sedikit kesenangan, mereka mudah lupa bahawa kenikmatan dan kemewahan yang diberikan itu adalah milik Allah semata-mata dan bukannya atas usaha dan pengorbanan mereka sendiri. Itulah sikap manusia yang mudah menangis apabila ditimpa musibah tetapi mudah lupa apabila menerima kesenangan.

Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada takdir. Setiap perkara yang berlaku adalah ketentuanNya dan setiap yang berlaku itu juga adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.


Seorang anak sedang bermain di atas lantai sambil melihat ibunya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil menyulam. Dari bawah si anak itu melihat sangat hodoh hasil sulaman si ibu. Apa yang dia lihat hanyalah sulaman benang yang tidak mencorakkan apa-apa melainkan hanyalah benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat. Si ibu lalu memanggil anaknya untuk bangun dan melihat sulamannya dari atas. Apabila dilihat dari atas, barulah si anak nampak betapa cantik dan indahnya sulaman si ibu. Ianya memang sangat-sangat berbeza dengan apa yang dilihat dari bawah.
Begitulah perumpamaan ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, kita berasa sedih dan marah. Kita berasa tidak gembira dengan ujian dan dugaan yang diberikan Allah kepada kita. Tetapi dari ‘atas’, Allah melihatnya sebagai satu kebaikan untuk diri kita. Mungkin ujian itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil agar kita terlepas daripada seksaan api neraka. Mungkin juga ujian yang diturunkan itu adalah untuk menguatkan lagi keimanan kita kepadaNya. Hanya kita sahaja yang tidak sedar dan memahaminya. Wallahualam~

Wednesday, January 18, 2012

CeRiTa SeBuAh TuDuNg LaBuH

orang yang pakai tudung labuh belum tentu baik, tapi orang yang baik insya'Allah pakai tudung labuh. kawan aku pernah cakap masa kat sekolah dulu. masa time sekolah kitorang wajib pakai tudung labuh. jadi tak menjadi sesuatu yang mengherankan bila kitorang sama-sama lepas laku.
aku mula sedar mereka mula menjauhkan diri dari aku. tau tak macam mana perasaannya bila orang sekeliling tiba-tiba nak jauhkan diri dari kita tanpa sebab? hina sangat ke aku ni? aku sabar. walau hati ni rasa pedih tapi aku tak nak menagih simpati mereka.
aku insan yang diberi Allah petunjuk dari dugaan yang sangat dahsyat cuba melenyapkan kisah hitam disebalik tudung labuh. namun aku hanyalah manusia biasa.. yang lemah imannya. yang kosong hatinya. yang masih tergapai-gapai mencari redha Mu Ya Allah. Kali pertama tudung labuh ni menutupi helaian rambut ketika aku masuk ke sebuah sekolah kluster semasa form 4 tahun 2009. pernah aku nangis sebab tak biasa bertudung sepanjang masa. inikan pula pakai tudung labuh. ini bukan aku. aku tak pernah pakai baju tangan bercekak. aku rimas.
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
lama kelamaan aku makin sebati dengan cara ni. aku cuba praktikkan di luar. haha.. memang seperti yang aku jangkakan. adik-adik ketawa.. ummi dan babah mesti la suka. "sejuk hati ummi babah tengok angah pakai macam ni.". memang aku akui sebelum ni pakaian aku sangat-sangat tak mengikut syara'. ketat, jarang, singkat..tak de sehelai baju pun yang memenuhi kehendak syara'. aku masih Aishah yang dulu. dalam proses untuk berubah, istiqamah dalam diri mesti kuat. aku perlukan masa.
sepanjang bekerja di KL, walau jauh dari ummi babah aku masih mengenakan tudung labuh. tak kira bersama siapa aku keluar, ke mana aku pergi.. pusat karaoke, bowling, n mana2 jew. cuma pernah sekali aku tersimpang arus. sekali shaja. aku menyesal. aku menangis. kemudian aku mohon supaya Allah tak palingkan hati aku lagi setelah die beri hidayah pada aku. Alhamdulillah aku kembali ke jalan Allah. ada juga kawan-kawan yang gelar aku ustazah. aku tak pernah minta pon.mungkin kerana nasihat-nasihat agama kerap meniti di bibir ni. aku bukanlah sorang wanita yg alim. tapi aku cuba menjadi yang terbaik di mata Allah.
di kolej, aku semakin istiqamah dalam memakai tudung labuh. aku makin tenang dan bahagia. tapi aku masih Aishah yang dulu. sikap aku.. perangai aku. masih Aishah yang sama. AKU BUKAN HIPOKRIT. AKU BUKAN MUNAFIK. tapi itu yang gelaran tu yg aku dapat.. seorang gadis munafik. yang menzahirkan keimanan sedangkan hatinya kufur. aku kecewa.. memang tutur kata aku agak kasar. tapi aku tak pernah menfitnah, mengata, mengadu domba, berdusta pada sesiapa. aku juga tak pernah nak masuk campur hal peribadi orang lain jauh lagi untuk bertanya tentang perkara sulit. AKU RIMAS! memang benar, semakin banyak dugaan yang aku hadapi, semakin aku rasa Allah itu dekat dengan aku.
mereka tak kenal siapa aku. aku juga tak kenal siapa mereka. aku pernah nampak keaiban mereka tapi aku tak pernah menceritakan pada yang lain. aku tau.. nanti dia malu. nanti dia stress.. tapi... ujian Allah ni sangat hebatkan.. bermula dari gambar peribadi aku yang tak patut aq simpan bersama seorang teman yang berlainan jantina terpaksa bersengkang mata di kedai mamak sampai ke pagi sebab ketinggalan tren, mereka mencipta berbagai-bagai spekulasi. maklumlah aku kan ajk surau. tapi AKU BUKAN MALAIKAT yang tak pernah buat dosa. aku sabar.. aku sabar.. selagi aku hidup. aku akan terus sabar. siapa aku nak menghukum mereka? bukan ke Allah je yang berhak ke atas hamba-hambaNya? titipan doa supaya mereka berjaya tak pernah aku lupa setiap kali lepas solat.

tiada siapa yang sempurna. kerana tudung labuh belum tentu menjaminkan untuk berpewatakan warak, alim , lemah lembut, sopan santun.... "Aishah kan AJK surau." aku da bosan dengar ayat tu. jangan hakimi aku kalau tak kenal siapa aku. sepertimana aku tak pernah hakimi orang kerana aku tak kenal orang.
terkadang aku menangis kemudian tersenyum selepas membaca ayat-ayat Allah.
kerana tudung labuh aku digelar hipokrit.
kerana tudung labuh aku digelar munafik.
kerana tudung labuh aku dianggap sempurna.
kerana tudung labuh aku dipulaukan.
kerana tudung labuh aku dikongkong oleh mereka.
kerana tudung labuh juga aku semakin kuat.
semakin kuat untuk menjalankan dakwah mengislamkan kak Linda. semakin kuat untuk menempuh ujian. semakin tabah menghadapi kekecewaan. aku akan terus kekal dalam visi mencapai MARDHOTILLAH. mencapai redha Allah. menjadi mujahidah yang sejati. yang sanggup syahid kerana Allah dan Rasul. yang mencintai akhirat. yang zuhud. yang jauh daripada maksiat.
wahai sahabat.. aku dalam perjalan menuju reha Allah. doakan aku ya.. doakan aku supaya menjadi wanita yang solehah. yang lemah lembut. sopan santun.. yang bertutur kata enak di halwa telinga. seperti yang korang harapkan. maafkan aku... aku hanyalah hamba Allah yang pernah berpaling dari jalanNya. dan kini Dia telah mengambil aku kembali...

Tuesday, January 17, 2012

SuJuD sAhWi


Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu  

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

  1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
    1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
  2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
    1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
  3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
    1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
      1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
      2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

  1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
  2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
  3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
    1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
    2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
    3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
  4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
  5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
http://www.smileycodes.infokalau ada apa-apa keraguan atau tak faham boleh klik link-link ni ok??..http://www.smileycodes.info

http://www.lankarani.com/and/res/t33.html
http://abul-jauzaa.blogspot.com/2008/07/bacaan-sujud-sahwi.html

Saturday, December 3, 2011

wAnItA sEbEnArNya aDa 4 TuDuNG





TUDUNG WANITA itu ada empat iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati..


Apa MAKSUD disebaliknya?
✿~ Tudung pada WAJAH : jangan sampai wajahnya mengundang FITNAH..kecantikan adalah pingitan buat suami, BUKAN PAMERAN untuk lelaki ajnabi..
✿~ Tudung pada MATA : jangan matanya MEMANDANG lelaki lain selain muhramnya..solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang..
✿~ Tudung pada SUARA : JANGAN DILUNAK-LUNAKKAN dengan tujuan memikat dan mempesona..
✿~ Tudung pada HATI : MENGINGATI Allah dengan tasbih..

(✿◠‿◠)

p/s:tudung saji disqualified

NiKaHi LaH gAdiS


Siapapun tahu, gadis yang belum pernah dinikahi masih punya sifat-sifat alami seorang wanita. Penuh rasa malu, manis dalam berbahasa dan bertutur, manja, takut berbuat khianat, dan tidak pernah ada ikatan perasaan dalam hatinya. Cinta dari seorang gadis lebih murni karena tidak pernah berkongsi dengan orang lain, kecuali suaminya.

Karena itu, Rasulullah saw. menganjurkan menikah dengan gadis.

“Hendaklah kalian menikah dengan gadis, karena mereka lebih manis tutur katanya, lebih mudah mempunyai keturunan, lebih sedikit kamarnya dan lebih mudah menerima yang sedikit,” begitu sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi.

Tentang hal ini A’isyah pernah menanyakan langsung ke Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika engkau turun di sebuah lembah lalu pada lembah itu ada pohon yang belum pernah digembalai, dan ada pula pohon yang sudah pernah digembalai; di manakah engkau akan menggembalakan untamu?” Nabi menjawab, “Pada yang belum pernah digembalai.” Lalu A’isyah berkata, “Itulah aku.”

Menikahi gadis perawan akan melahirkan cinta yang kuat dan mengukuhkan pertahanan dan kesucian. Namun, dalam kondisi tertentu menikahi janda kadang lebih baik daripada menikahi seorang gadis. Ini terjadi kepada seorang sahabat bernama Jabir.

Rasulullah saw. sepulang dari Perang Dzat al-Riqa bertanya Jabir, “Ya Jabir, apakah engkau sudah menikah?” Jabir menjawab, “Sudah, ya Rasulullah.” Beliau bertanya, “Janda atau perawan?” Jabir menjawab, “Janda.” Beliau bersabda, “Kenapa tidak gadis yang engkau dapat saling mesra bersamanya?” Jabir menjawab, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah gugur di medan Uhud dan meninggalkan tujuh anak perempuan. Karena itu aku menikahi wanita yang dapat mengurus mereka.” Nabi bersabda, “Engkau benar, insya Allah.”

JaNgAn SaLaHkAn MuSliMaH


~✿..Jangan salahkan muslimah jika mereka tersilap tingkah..fikirkanlah jika tidak kerana lelaki yang kurang memberikan CONTOH teladan yang BAIK, maka wanita akan menjadi lebih KURANG TERKAWAL, jika tidak kerana lelaki yang kurang menjaga ADAB PERGAULAN dengan wanita, maka mereka juga kurang mengerti bagaimana untuk meletakkan SIFAT MALU di hadapan dan jika lelaki selalu malu ke hadapan, maka jangan marah jika muslimah lebih "terkehadapan" daripada lelaki..✿~



>>> Saling MEMBIMBING dan memerlukan untuk meraih SYURGA..itulah yang

sebaik-baiknya..(✿◠‿◠)

kItA bErCiNtA dI sYuRgA yA?? :)



~✿..KITA BERCINTA DI SYURGA YA..✿~

Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.


Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.



"Abang nak dengar lagu ape?"



Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.



"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.



"Tajuk pe lagu tu?"
"Err.. Ade la.. Hehe.."
"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."
"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.
"Romantiknye abang ni.."
"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."



Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.



Mekar di taman hati..
Cinta pertama..
Engkau ciptaan seni idaman kasih..
Antara bibir tersiratnya pekerti..
Kelembutan yang mendamaikan jiwa..



"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.
"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.
"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."
Sayang tak tunggu kat radio?
"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."



"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.



Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.
Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.



"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.
"Sayang pulak camna?"

Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.
"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."
"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.
"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."
"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.
"Tak dah!"Balas Izyani.
"Sebab?"
"Sebab tak sedey laa..." ^_^
"Oo.. kenakan abang ye.."
"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."



Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.



"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..
"Ameen.."Balas Izyani.



Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.



"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.
"Ya Allah!!"



Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.
Dammmmm!!



Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.


Dalam KEBAHAGIAAN, dijemput bertemu Yang Maha Esa? Mustahil?

MoNoLoG hAtI SoLeHaH


aku idamkan seorang lelaki yang soleh sebagai teman hidupku.. aku sentiasa mendoakan dia menjadi lelaki yang soleh. tp aku takut..



kadang-kadang aku hanya cakap dalam hati je. aku bayangkan aku ucapkan kat depan dia. "awak... saya sayangkan awk.. teramat sayangkan awk.. saya tak nak berkongsi kasih. saya tak sanggup kehilangan awk.. saya nak awak setia sebagaimana saya setia pada awk. saya nak awk percayakan saya, sebagaimana saya percayakan awk."


aku takut andai aku gagal menjadi wanita yang solehah buatnya... namun aku akan cuba menjadi yang terbaik dalam hidupnya.. aku takut kehilangan dia... aku cemburu tiap kali dia berbual mesra dengan kawan-kawan perempuan dia.
tapi aku masih menzahirkan senyuman. aku tak nak dia rasa bersalah. aku tak nak dia rasa terkongkong. aku faham.. mereka hanya kawan-kawan. tapi aku adalah kekasih hatinya...



hati ni selalu resah bila berjauhan. tapi itu yang terbaik. aku rindukan dia..
mampu ke dia sabar dengan kerenah aku? keinginan aku? aku tetap akan menjadi diri aku. aku akan bimbing dia dan dia juga akan membimbing aku.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. insyaAllah...

Aku InGiN jAdI wAnItA sOlEhAh

~..Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..~

Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah..(✿◠‿◠)

Friday, December 2, 2011

BiLa KiTa SaYaNg OrAnG tU...


,
Biler kiter syg org tu,
Kita tnggu dia lame pn x per,
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2...
Ati kate ala,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan,ada dia lyn kiter???
Ati kate,x pe dia busy kott!!!

Biler kiter syg org tu,
Kita gdh ngan dia,kita dim jea...
Tp dia heboh 1 dunia...
Ati kate x pe,dia tension tue...
Biler kiter syg org tue...
Kita kol nak ckp ngan dia...
Tp dia bg phone kat org len atau matikan...

Biler jd cm2,x pe...
Ati kata,x pe...lyn je,kwn dia,kwn kiter gak...
Biler kiter syg org tu...
Kita b’cerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik...
Tp biler dia bercerita ngan kita???
Kita dgr,sepatah2 kite kena ingt...
klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu,
Kita & dia lpr...
Tp kiter bg sume roti kita kat dia...
Ati kata,ala jaga lh ati dia,sian dia…

Biler kiter syg org tue,
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih,dia srh jugak kiter lyn dia bila dia bsn...
Adil ker???Ati kata,ala bukan selalu pun...

Biler kiter syg org tue,
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Ati kata,ala x pe,x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...

Biler kiter syg org tu,
Kita x pnh pntingkan diri sndri,
Tp dia hpokrit thp gaban..
Ati kata x per,dia mmg cm2 kene lah trima...

Biler kiter syg org tue,
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya,
Tp dia x tahu kiter b’dpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit bese2 jer,jgn nk mngrt...
Ati kata,cmnelah dia biler kiter x de,msti dia hepi...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x snggp tngk dia derita,
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tue,
Kiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia...
Tp adakah dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata,x pe,janji dia bhgia...

Dan...

Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya...
Dia dtg ziarah pusara kiter...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter tnggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn...

Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter klprn sbb dia...

Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan skt kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tngk p’deritaan kiter...

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....
HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG...

TaNdA-tAnDa CiNtA sEmAkIn PuDaR


Cinta tu subjektif. ad orang berpendapat cinta tu anugerah. ad jugak yang rasa cinta tu bala yang datang. haha.. paham ke x? bala yang ke arah kekecewaan, timbul rasa cemburu, rasa resah, x tenang, dan ada juga dendam kalau tu di semai tanpa keikhlasan.
kebanyakan budak2 sekarang couple untuk lepaskan kesunyian, couple sebab nafsu, couple sebab tengok member2 ad gf/bf, & couple x bersebab.

x penah terfikir ke "kenapa aku couple dengan die??". adakah korang couple dengan niat cam kat atas tuh.. for me, couple or bercinta ni ad matlamat. bukan matlamat nak kahwin lari, berzina, @ buang keluarga. tapi matlamat untuk menjalinkan ikatan yang sah dengan tertib dan mengikut syara' & adat. (kalau boleh jangan couple lama sangat, nt takot jodoh x panjang)

aku couple sebab aq percaya dia boleh bimbing aku, jaga aku, & jadi ayah kepada anak-anak aku.. memang ayat nie cam mengong jew. tp renung sendiri la.. couple untuk saje2 je kew????
guys.. hati bukan untuk di jual beli. tapi kalau nak derma organ hati tuh boleyh laa... & jangan gak buat hati korang macam touch & go. couple putus, couple putus... korang x rasa ke diri korang tuh murah & senang sangat orang nak dapat??

ok these are few reality yang may be aku & korang penah alami.. adat bercouple tanpa keikhlasan..

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... !
♥ Malas angkat telefon..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak
layak untuk awak.'
. masa ngorat kita dulu takda pulak timbul hal tu..!
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan
hati..
♥ Dia dah tak kisah kalau tak jumpa pun..sebulan tak jumpa
lagi bagus..
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai
baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit
pun susah,..katanya hp cepat panas.

............:)...........
JANGAN TINGGALKAN ORANG YANG KITA ADA UNTUK ORANG YANG KITA SUKA..
HARGAILAH PASNAGAN KORANG.. TERIMA DIA SEADANYA... BIMBINGLAH DIA KE JALAN YANG BENAR..
INSYAALLAH ADA JODOH KORANG AKAN BERSAMA..