bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Thursday, January 19, 2012

BiLa AlLaH mEnDuGa KiTa


Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa Allah menurunkan ujian sebegini kepada kita. Adakah Allah tidak menyayangi kita dengan memberikan ujian-ujian yang begitu hebat sehingga kita menangis? Mungkin bagi sesetengah orang dapat bersabar dengan setiap ujian yang diturunkan oleh Allah. Namun begitu, walaupun mereka boleh bersabar tetapi tidak ramai yang boleh bersyukur. Apabila Allah memberikan sedikit kesenangan, mereka mudah lupa bahawa kenikmatan dan kemewahan yang diberikan itu adalah milik Allah semata-mata dan bukannya atas usaha dan pengorbanan mereka sendiri. Itulah sikap manusia yang mudah menangis apabila ditimpa musibah tetapi mudah lupa apabila menerima kesenangan.

Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada takdir. Setiap perkara yang berlaku adalah ketentuanNya dan setiap yang berlaku itu juga adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.


Seorang anak sedang bermain di atas lantai sambil melihat ibunya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil menyulam. Dari bawah si anak itu melihat sangat hodoh hasil sulaman si ibu. Apa yang dia lihat hanyalah sulaman benang yang tidak mencorakkan apa-apa melainkan hanyalah benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat. Si ibu lalu memanggil anaknya untuk bangun dan melihat sulamannya dari atas. Apabila dilihat dari atas, barulah si anak nampak betapa cantik dan indahnya sulaman si ibu. Ianya memang sangat-sangat berbeza dengan apa yang dilihat dari bawah.
Begitulah perumpamaan ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, kita berasa sedih dan marah. Kita berasa tidak gembira dengan ujian dan dugaan yang diberikan Allah kepada kita. Tetapi dari ‘atas’, Allah melihatnya sebagai satu kebaikan untuk diri kita. Mungkin ujian itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil agar kita terlepas daripada seksaan api neraka. Mungkin juga ujian yang diturunkan itu adalah untuk menguatkan lagi keimanan kita kepadaNya. Hanya kita sahaja yang tidak sedar dan memahaminya. Wallahualam~

No comments: