bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Wednesday, January 18, 2012

CeRiTa SeBuAh TuDuNg LaBuH

orang yang pakai tudung labuh belum tentu baik, tapi orang yang baik insya'Allah pakai tudung labuh. kawan aku pernah cakap masa kat sekolah dulu. masa time sekolah kitorang wajib pakai tudung labuh. jadi tak menjadi sesuatu yang mengherankan bila kitorang sama-sama lepas laku.
aku mula sedar mereka mula menjauhkan diri dari aku. tau tak macam mana perasaannya bila orang sekeliling tiba-tiba nak jauhkan diri dari kita tanpa sebab? hina sangat ke aku ni? aku sabar. walau hati ni rasa pedih tapi aku tak nak menagih simpati mereka.
aku insan yang diberi Allah petunjuk dari dugaan yang sangat dahsyat cuba melenyapkan kisah hitam disebalik tudung labuh. namun aku hanyalah manusia biasa.. yang lemah imannya. yang kosong hatinya. yang masih tergapai-gapai mencari redha Mu Ya Allah. Kali pertama tudung labuh ni menutupi helaian rambut ketika aku masuk ke sebuah sekolah kluster semasa form 4 tahun 2009. pernah aku nangis sebab tak biasa bertudung sepanjang masa. inikan pula pakai tudung labuh. ini bukan aku. aku tak pernah pakai baju tangan bercekak. aku rimas.
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
lama kelamaan aku makin sebati dengan cara ni. aku cuba praktikkan di luar. haha.. memang seperti yang aku jangkakan. adik-adik ketawa.. ummi dan babah mesti la suka. "sejuk hati ummi babah tengok angah pakai macam ni.". memang aku akui sebelum ni pakaian aku sangat-sangat tak mengikut syara'. ketat, jarang, singkat..tak de sehelai baju pun yang memenuhi kehendak syara'. aku masih Aishah yang dulu. dalam proses untuk berubah, istiqamah dalam diri mesti kuat. aku perlukan masa.
sepanjang bekerja di KL, walau jauh dari ummi babah aku masih mengenakan tudung labuh. tak kira bersama siapa aku keluar, ke mana aku pergi.. pusat karaoke, bowling, n mana2 jew. cuma pernah sekali aku tersimpang arus. sekali shaja. aku menyesal. aku menangis. kemudian aku mohon supaya Allah tak palingkan hati aku lagi setelah die beri hidayah pada aku. Alhamdulillah aku kembali ke jalan Allah. ada juga kawan-kawan yang gelar aku ustazah. aku tak pernah minta pon.mungkin kerana nasihat-nasihat agama kerap meniti di bibir ni. aku bukanlah sorang wanita yg alim. tapi aku cuba menjadi yang terbaik di mata Allah.
di kolej, aku semakin istiqamah dalam memakai tudung labuh. aku makin tenang dan bahagia. tapi aku masih Aishah yang dulu. sikap aku.. perangai aku. masih Aishah yang sama. AKU BUKAN HIPOKRIT. AKU BUKAN MUNAFIK. tapi itu yang gelaran tu yg aku dapat.. seorang gadis munafik. yang menzahirkan keimanan sedangkan hatinya kufur. aku kecewa.. memang tutur kata aku agak kasar. tapi aku tak pernah menfitnah, mengata, mengadu domba, berdusta pada sesiapa. aku juga tak pernah nak masuk campur hal peribadi orang lain jauh lagi untuk bertanya tentang perkara sulit. AKU RIMAS! memang benar, semakin banyak dugaan yang aku hadapi, semakin aku rasa Allah itu dekat dengan aku.
mereka tak kenal siapa aku. aku juga tak kenal siapa mereka. aku pernah nampak keaiban mereka tapi aku tak pernah menceritakan pada yang lain. aku tau.. nanti dia malu. nanti dia stress.. tapi... ujian Allah ni sangat hebatkan.. bermula dari gambar peribadi aku yang tak patut aq simpan bersama seorang teman yang berlainan jantina terpaksa bersengkang mata di kedai mamak sampai ke pagi sebab ketinggalan tren, mereka mencipta berbagai-bagai spekulasi. maklumlah aku kan ajk surau. tapi AKU BUKAN MALAIKAT yang tak pernah buat dosa. aku sabar.. aku sabar.. selagi aku hidup. aku akan terus sabar. siapa aku nak menghukum mereka? bukan ke Allah je yang berhak ke atas hamba-hambaNya? titipan doa supaya mereka berjaya tak pernah aku lupa setiap kali lepas solat.

tiada siapa yang sempurna. kerana tudung labuh belum tentu menjaminkan untuk berpewatakan warak, alim , lemah lembut, sopan santun.... "Aishah kan AJK surau." aku da bosan dengar ayat tu. jangan hakimi aku kalau tak kenal siapa aku. sepertimana aku tak pernah hakimi orang kerana aku tak kenal orang.
terkadang aku menangis kemudian tersenyum selepas membaca ayat-ayat Allah.
kerana tudung labuh aku digelar hipokrit.
kerana tudung labuh aku digelar munafik.
kerana tudung labuh aku dianggap sempurna.
kerana tudung labuh aku dipulaukan.
kerana tudung labuh aku dikongkong oleh mereka.
kerana tudung labuh juga aku semakin kuat.
semakin kuat untuk menjalankan dakwah mengislamkan kak Linda. semakin kuat untuk menempuh ujian. semakin tabah menghadapi kekecewaan. aku akan terus kekal dalam visi mencapai MARDHOTILLAH. mencapai redha Allah. menjadi mujahidah yang sejati. yang sanggup syahid kerana Allah dan Rasul. yang mencintai akhirat. yang zuhud. yang jauh daripada maksiat.
wahai sahabat.. aku dalam perjalan menuju reha Allah. doakan aku ya.. doakan aku supaya menjadi wanita yang solehah. yang lemah lembut. sopan santun.. yang bertutur kata enak di halwa telinga. seperti yang korang harapkan. maafkan aku... aku hanyalah hamba Allah yang pernah berpaling dari jalanNya. dan kini Dia telah mengambil aku kembali...

No comments: