bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Monday, January 23, 2012

TiPs MeNjAdI wAnItA SoLeHaH...:)

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah. Ucap Alhamdulillah. Ummi selalu pesan, kalau aku susah hati sebut La Illaha Illa Anta Subhanak Inni K-untu Min Al Zalemeen..(There is no God except you and you are all perfect and truly I am of those who commit sins)
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji. Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Even aku sendiri pernah dituduh munafik. Menjaga aurat dan maruah bukannya mudah. Tetapi bila aku mengingati mati dan azab Allah aku kesal. Jahilnya aku waktu tu.. Sebab kita manusia yang bersifat baru. TAUBAT NASUHA... itulah jawapanya.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya. Iman yang mantap menambahkan takut akan kemurkaan Allah. Setiap kali sebelum tidur. Sering kali aku menangis. Menangis kerana menyesal. Menyesal atas segala dosa-dosa. Dan setiap titisan air mata ini.. air mata kerana takut akan azab Allah, Insyaallah akan dapat memadamkan api neraka.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Juga amanah dari manusia. contohnya: menyimpan aib seseorang /membayar hutang/ dan tanggungjawab.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur. Jika tidak pandai, boleh belajar. Jangan berasa segan untuk meminta pertolongan dari sesiapa pun. Setiap usaha untuk mencari redha Allah itu adalah satu jihad. lebih-lebih lagi dalam mencari ilmu yang berada di jalan fisabilillah.
p/s: Doaku. Semoga sahabat-sahabat semua akan menjadi wanita yang solehah. yang menjaga perlakuan, percakapan, hati dan kemaluan. Tolong doakan aku istiqamah dalam setiap usaha mencari MARDHOTILLAH.. insyaallah...~

No comments: