bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Sunday, December 15, 2013

DEDICATED TO MUIS DAN ALIAH

post kali ini agak sarcastic. sebab echa dah hilang sabar sangat dengan  abdul Muis dan Natasya Aliah.

DEMI ALLAH

  1. bukan saya yang call Muis pada bulan Jun yang lepas. tapi Muis yg call sy dalam duration  4 minit lepas sy 'send-to-many khabar buruk sy dipukau di KL. dan dia call untuk tanya khabar. so MUIS YANG CALL SAYA!!!
  2. saya dah larang Muis jumpa saya di kolej tp dia tetap nak datang. disebabkan dia bersungguh2 saya sambut dengan baik.
  3. saya x pernah cari pasal dengan Natasha Aliah. tapi dia yg mula cari gaduh dengan sy lepas Muis fitnah sy , bahawa saya yang call dia pada bulan jun yg lepas. Natasha Aliah dengan lurus bendulnya tanpa segan dan silu menuduh saya bulat2 mengatakan saya cuba merosakkan hubungan dia dan muis. (sedangkan saya dah tau lama Muis curang dengan saya. tapi sy x bodoh untuk rebutkan lelaki yg hatinya penuh keraguan)
  4. saya block fb Muis dan Aliah. tp pada bulan lepas entah macam mana, fb unblock semua akaun fb yg sy pernah block trmasuk2 kedua2nya. kemudian sy hanya sempat block aliah semula disebabkan dia masih aktif mencari silap sy.  Muis mempertikaikan kenapa sy block aliah dan kenpa sy x block dia? Demi Allah hati sy dah tertutup untuk Muis sejak dia mungkir janji dia. dari situ sy tau dia bukan yang terbaik untuk sy. hakikat asalnya, Muis saya block dahulu sbelum Aliah.
  5. walaupun saya sudah berhenti update tentang mereka di blog, tapi Muis dan Aliah masih seperti cuba mengapi-apikan lagi situasi dengan menghantar message2 di shoutbox seolah2 saya masih tergila2kan Muis. Demi Allah Muis dah lama terkubur dalam hati sy...
kesimpulannya... KAMU BERDUA TOLONGLAH BERHENTI GANGGU HIDUP SAYA. JUST LIVE YOUR LIFE. IGNORE ME PLEASE........... sy dah ceritakn segalanya. dengan nama ALLAH segala yg sy ceritakan di atas adalah benar.. kepada Muis awak tolonglah jangan perasan yang saya ni syok kat awak, OK. Aliah.. awak amik la Muis tuh. saya x nak pown Muis tu. bg free pun saya x nak dia.... lg 1, kalau x nak benda ni makin teruk tolong angkat kaki dari hidup saya dan jangan datang lagi... :) salam,,,

Wednesday, November 20, 2013

Korban Cinta kerana Illahi

Nama diberi  Humaira. ini kisah aku dan Dia... :) sebelum aku menemui cintaNya, aku pernah menjalin cinta dengan seorang hambaNya yang bernama 'Domo Sid.'... hehe.. bukan nama sebenar. aku suka panggil dia.Domo sebab dia suka Domokun..
 
 alah menatang nie la...
Perkenalan aku dan encik Domo memang tak dijangka. Segalanya bermula apabila kami bersoal jawab tentang isu "orang yang LIKE gambar tidak menutup aurat juga dapat dosa sebab ibarat menyokong tindakan membuka aurat tu.." di facebook. aku dan encik Domo paling banyak mengomen. dia tanya , aku jawab. dia tanya aku jawab lagi... sampai lah tiba-tiba dia add aku sebagai friend dia. aku pun accept la..
kami mula berkenalan.. setiap hari, aku dan dia chatting. kalau dah chatting tu laaaaaama sangat. dia pernah minta nombor tau, tapi waktu tu aku berkeras tak nak bagi lagi sebab aku baru je kenal dia. tunggu dah lama sikit la baru aku bagi. aku cerita kat dia yang aku ada blog.. (^^)  dia pun stalk la blog aku.. dia cakap dia suka blog aku... yang paling dia suka lagu background blog. aku taruk lagu KIMIA-MELDA AHMAD. hehe. jiwang kan... haha. 
tak lama lepas tu, dia minta aku ajar dia macam mana nak buat blog. aku pun ajar la dia. aku tolong dia hias blog. aku buat cursor blog dia gambar Domo! huuuu.. dia suka sangat... :) beberapa bulan kami kenal, kami pun 'couple'. setiap masa tak kira siang atau malam dia selalu mesej aku.. call aku.. dengar masalah aku.. di facebook kami tak buat relationship. tapi kami buat...
kami happy sangat.. biasalh kan. baru2 couple. segalanya manis.. segalanya indah belaka~ sampai lah pada 1 ketika... aku mula sedar.. aku mula rasa yang aku semakin lupa kepada Dia. aku semakin dibuai-buai dengan cinta yang belum pasti arah tujunya.. benar.. benar sebagai manusia biasa. yang ada rasa ingin dicintai dan mencintai... aku PERNAH mencintai encik Domo. namun, cinta ku kepada Tuhan ku lebih utama. jika cinta ini melalaikan... bodoh lah aku sekiranya aku merelakan diri ini hanyut dalam lembah nafsu.
akhirnya.. aku kuatkan hati meluahkan rasa yang terbuku. aku tak mahu Dia membiarkan aku walau dalam kadar sekelip mata. aku mahu kembali padaNya. pada malam tu.. aku meyusun bait-bait ayat dengan teratur supaya encik Domo faham akan perasaan dan maksud sebenar apa yang aku ingin sampaikan padanya. aku takut jugak kalau tiba-tiba dia salah faham. Alhamdulillah... selepas aku terangkan segala-galanya.. encik Domo dapat menerima. syukur. aku dan dia berjanji... satu hari nanti.. dia akan datang menemui aku. kami akan menjalinkan hubungan yang lebih diredhai. jalan perNIKAHan.. namun janji itu hanya sekadar meniti dibibir saja. tidak ada 'hitam putihnya'. sekadar berbekalkan KEPERCAYAAN, KESETIAAN dan KEIKHLASAN., aku dan encik Domo membawa haluan masing-masing. 
aku sudah berada di sem ke-4 di kolej.. tiba-tiba hati terdetik nak blog walking di blog encik Domo.
tiba-tiba aku terbaca artikel yang dia post di bawah ni.
terharuu rasanya.. :) dia masih ingat aku. berbunga2 rasa hati ni..
 dah lama aku tak tanya khabar dia. ada sekali sekala aku stalk fb dia. tp tak selalu. jarang-jarang... aku perasan juga dia selalu tag nama seorang muslimah dalam status-status nya. hati ni tertanya-tanya juga. siapa perempuan tu. tapi, aku positifkan fikiran dan hati aku... mungkin kawan baiknya. mungkin sepupunya.. mungkin saudara2nya yang aku tak kenal.
aku masih mendiamkan diri. final exam semakin hampir. pada 1 malam .. aku tengah sibuk study tak ingat dunia. dah lama tak de orang call malam-malam macam ni. terkejut bila aku tengok nama encik Domo terpapar di skrin handphone. aku berlari keluar bilik, sebab aku malu nak cakap dengan dia bila kawan-kawan ada kat bilik. aku tarik nafas dalam-dalam. as soon as aku tekan button call, suara yang sekian lama aku tak dengar, hinggap di gegendang telinga. hampir 2 tahun kami tak berhubung. rindu di hati ni. Allah je yang tahu. aku tak pernah meluahkann pada sesiap tentang kisah aku dan encik Domo. aku pendam sendiri.  tak ubah seperti novel yang aku nukil kan untuk tatapan sendiri.
encik Domo: Assalamualaikum.. 
Humaira:Wa'alaikumussalam..
encik Domo: saya saja call nak tanya khabar..
Humaira: sy Alhamdulillah sihat.
encik Domo: sebenaarnya saya nak tanya awak sesuatu..
Humaira: Nak tanya apa? tanya laa..
encik Domo: awak masih tunggu saya ke?
Humaira: Ye sy.. sy masih tunggu awak..
aku jawab sejujurnya tika itu. dia kedengaran seperti orang yang serba salah. suara nya macam bunyi penyesalan. 
encik Domo: kenapa awak tak contact sy?
Humaira: saya malu nak mula..
dan akhirnya dia bagi tau yang dia dah ada orang lain.. tiba-tiba air mata jatuh tak sampai sesaat lepas dia habiskan ayat tu. aku masih sembunyikan sedu tangis ni. tapi... encik Domo dapat hidu. dia tau aku menangis sedangkan aku tak keluarkan satu bunyi pun. pada saat tu bermula la konflik dan dilema antara aku dan encik Domo. dia buntu nak pilih antara aku dan kkasih barunya. aku redha. aku dah lama set dalam kepala aku yang aku tak berharap pada cintanya semata2. walaupun namanya 'gantung' hubungan tapi aku rasa tak ubah seperti sebuah kehilangan. aku dah lama kehilangan dia..aku boleh terima..
tanpa diduga.. kekasih barunya dapat tau yang kami kembali berhubung walau tak seperti dulu lagi. siang malam aku diganggu. aku dihina. dilemparkan dengan tuduhan melulu. sedangkan yang menjadi mangsa keadaan adalah AKU. 
tak pernah terlintas di fikiran aku yang aku akan diduga sebegini rupa. percaya atau tidak.. sehingga saat ini.... kekasih baru dia masih STALK aku. mungkin sebab dah kurang kepercayaan pada encik Domo. aku tak pernah memulakan perbualan dengan encik Domo. tapi aku juga yang dituduh perosak hubunga mereka. aku juga dituduh menggatal. sedangkan 90% call dari encik Domo, aku REJECT. sebab.. aku SUDAH BERHENTI BERHARAP..
Kini hanya cinta Rabb ku, yang ku dambakan. sungguh jauh lebih manis dari cinta lelaki yang aku sendiri tidak yakin dengan tahap imannya.yang aku sendiri tidak yakin ketulusan hatinya.. ya Rabb... semaikan lah cinta ini hingga ke alam syurga. sebarkan lah bahagia ini kepada encik Domo dan kekasih barunya. moga mereka tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan dan perangkap kelicikan syaitan (CINTA ISLAMIK). ya Rabb.. mungkin 1 hari nanti Kau akan menganugerahkan aku seorang Imam dan pemimpin yang fiqrah. aku mohon jangau lah Kau palingkan hati aku setelah Kau memberi cinta Mu ini pada ku... aamin.

Monday, November 18, 2013

PT oh.. PT... (PTPTN punyer citer....)




semalam pemohon PTPTN kelompok 2 kena serah dokumen.  echa da siapkan awal2 lagi. dah lama dah. stand by tunggu nak bagi masa ari penyerahan jerk. masa echa print kat umah, printer macam nak abes dakwat. atas waner itam, bawah tetiber jd biru2. ad yg cakap diorg nak itam putih. ad yg cakap boleh jerk pakai. echa still guna yg tu lah. dah la smalam tido pkul 5 pagi dok bt assignment. bangon pown lambat. kelas pagi tuh memang echa x pegi lah.
 pkul 1 echa gerak ke Pauh. tandatangan saksi x de lagi. so echa pown pegi la kat PPK Komputer nak amik tandatangan. tiba2 mse penolong pendaftar dah nak sign, dia cakap echa x print page 7 & 8. page yg sepatotnye di sign oleh saksi pembiaya. echa pown blah la dr situ terus pegi cc nak print. dah la tunggu lama turn nak pakai lappy. dah print tu, echa pown pegi kat rehat siswa. lokasi di mana penyerahan dokumen tu ada. echa segan nak masuk sebab tu tempat siswa. echa call azam soh kuar. teman echa masuk dalam. rupanya.. ramai perempuan kat dlam tuh. haha..

 echa pun beratur la macam orang lain.. sampai kat kaunter, pegawai tu cakap dia tak boleh terima dokumen echa sebab ink warna biru. ya Allah.. geram sangat. dah la penat. then, echa pun tanpa membuang masa, pergi ke cc tu balik & fotostat  semula. patah balik ke rehat siswa, budak2 laki kelas echa datang dok tengok apa lah echa ni kalut lebih dari orang lain. hahaha. oleh. hok aloh.. bukan nyer perjanjian pun. senrai dokumen je kot. nak tick2 ada ke tak. mengada2 betol... huh! echa baru perasan yg echa terlupa nak fotostat page yg senarai depan dokumen. echa g kat kaunter tanya boleh tak kalau page tu tak warna itam. dia ckp x boleh. hok aloh.. bukan nyer perjanjian pun. senrai dokumen je kot. nak tick2 ada ke tak. mengada2 betol... huh! azam kesian kat echa. dia pun volunteer kan diri dia pegi tolong fotostat kan. so sweet~ hahaha. da dpt semua tu, echa pun beratur semula... pegawai tu cek lagi... dia tanya..

pegawai: awak masuk unimap atas tiket apa?
echa: matrik
pegawai: mana transkrip matrik awak?
echa: eh? ada... (padahal cha x sure ada ke tak..) err jap ea.

echa pun pergi kat azam yg tgh jaga beg echa tuh. puas echa cari tak jumpa... sah la echa terlupa nak compile kan skali.. echa dengan muka kesiannyer datang balik kat kaunter tuh.

echa: tak pe lah cik.. sy dtg esok jer lah... :'( (sob.. sob..)
pegawai: (dia gelak sikit) nak dpt duit bukan senang..

ha ea lah.. huh apa2 jer lah. so.. pukul 2 pm nt echa pergi semula. insyaAllah Allah permudahkan urusan echa. transkrip pown dah compile kan da... harap2 everything akna berjalan lancar.. (^^)

# doa kan echa dapat 4 RATA supaya PTPTN tu jadi biasiswa. aamin ya Rabbal a'lamin....

ECHA JANGAN MEMBAZIR DUIT PT TU YER. MANFAATKAN UNTUK PELAJARAN. :) nasihat kat diri sendiri...

Tuesday, November 12, 2013

kelas pecah rekod (8.00a.m - 10.30 p.m.)


warghh hari ni sangat tiring! dari pagi sampai ke malam di Kampus Pauh. 2 tests dlm satu hari. 
adehh......

 balik tadi share kerusi ngan yana & farah dalam bas. klau x kena tunggu next bas. x maw lahh.. sampai di wang ulu makan ngn azam. order nasi bujang, makan x abes pown...sakit kat tekak ni dah rasa surut sikit lepas check up pagi tadi kat klinik wang ulu.

hari ni asyik nak terasa hati je dengan orang. Allah jangan la bagi aku ni sensitif sangat. bagi aku tough sikit... heee..:) 

erm pre lab x siap lagi. pening ... tak tau nak buat...  got to do by hook or by crook... see ya 2-morrow.

Monday, November 11, 2013

Echa Tak Pegi Class Taw Esok


korang. esok echa x pi class taw sb nak g medical check-up. mmg dah x leh tahan da.. sakit sangat. x boleh nak telan air liur. apatah lg nak makan & nak minum. nak bercakap pown sakit. x tau la naper. rse mcam ada bengkak kat tekak. ari ni echa just mkn telur n sosej je. tu pun x abes. pas tuh beli mendew alah nie..


 td g makan dengan azam order nasi putih n sup ayam. 2 3 suap je mkn. x boleh nk masuk. sakit sangat.... air suam... (hati memberontak nak milo ais!!)
nyum!nyum!

azam tak bagi echa banyak cakap.. tp echa nak cakap jugak... :p sb dia penah cakap yg dia suka dengar echa membebel tepi telinga dia. haha.


esok ada test etnik & skill kan... good luck lah ea.. huhu.

Sunday, November 10, 2013

Sepanjang Cuti Deepavali(echa's xtvt)

hai korang.. Echa baru je baik dari demam.. sedih.. time demam parents jauh.. kalau demam kat umah mesti ada babah tolong picitkan kepala. ummi tolong buatkan air. urmm.. demam kat sini, kat U ni.... mesti la Allah yg jaga echa. azam pown ada jaga echa... hurm.... :) cuti deepavali ari tuh x balik chenor pown. nak balik tp tiket ku smangat mahal. x larat lahhhh nak balik slalu. dah la pjalanan sampai 10 jam. dlm cuti tuh echa dua kali g mandi sungai ngn kawan2 kt Bukit Ayer. & dua kali g maen bowling dengan azam. hehehe.. azam terer tau main bowling... echa asyik kalah jer. dia asyik strike jer. jeles sangatt...
x yah nak pose sgt lah
gol!! (8.8")
echa tgk game pahang vs klantan kat kedai makan area kolej. tgk dgn azam.. Alhamdulillah Pahang menang! yeayyy! huhuhu. lg skali echa nk bg tau. echa tersangat2 jeles dengan abang, adik, n spupu spapat echa yg g tgk bola kat stadium tuh. huh echa nak g jugaaaakk.. :(
bapokk lah ghamainyer weyh!
echa risau taw. time cuti echa x study pown. study skali jer. risau sgt. leka.. asyik nk having fun. nk enjoy. aduhh... susah nie... echa kne ajak kawan2 study skali. klau harapkan kawan2 jer ajak study mmg x jd apa lah echa ne kat sini. menghabiskan duit jer... echa aling lemah subjek electric circuit theory. kalau orang terer subjek nie ajar la echa ea. perlukan sangat orang utk mengajar. mse test pown echa x confident langsung. kira ekot sedap jer. mmg dah sah2 salah jawapan tuh.

esok kelas pkul 12. tu yg gatal tido lewat..huhuhu...  ok lah encik fit pown dah muncul.. echa tido dlu.. huhuhuhu. bubuiii..

Friday, September 27, 2013

Jasad In Juga Ada Hati



First of all, cha nk bg tau, post kali ni bukan niat utk mengaibkan sesaper. kalau korang perasaan kat chatbox blog cha nie ada seorang chatter yg selalu hantar chat soh cha delete salah satu post yg pnah cha publish. and dia juga salu hantar chat perli dan sindir echa cha x nak sebut nama dia. u'll tg sendiri la.. cha bg tau hal sebenar yer..
pada 26 jun yang lepas , cha dipukau di Pekeliling. beg slepang cha abes kne kebas. cha tinggal sehelai sepinggang je. nasib baik hp ada dalam poket. memang dugaan betol. dengan berbaki kan kredit yg ciput cha ada time tuh, cha inform kan kejadian tu pada kawan2 rapat cha. dalam ramai2 yg caring tu ada sorang kawan cha yg cha panggil M. M ni sbenarnye ex cha. tp kami skang dah jd kawan biasa2. dia call cha tanya dengan prihatinnya macam mne kejadian tu boleh jadi. cha bercerita la.. kami borak through the phone x sampai 5 minit. 4 minit lebih jer... sampai situh,, abes citer lah.
tiba2, pada hujung bulan Julai, ada sorang pompuan nie, cha gelar sebagai A. dia start hantar mesej pd cha. mulanya ayat2 dia biasa2 jer. entah mcm mne, cha pown x tau apa salah cha dia mula ganggu edop cha dengan maki hamun dan tuduh cha rosakkan hubungan dia dan bf dia. korang nak tau siapa bf dia? bf dia adalah kawan cha yg M tu. dia tuduh cha call bf dia. sedangkan cha skali pown x penah call M. hurm.. kalau ikot rasional akal yg waras, andai kata betullah cha call, apa salahnyer? sb cha dan M berkawan. dan cha ni jenis call orang kalau ada kes emergency jer. cha mula pelik dengan sikap dann kata2 tohmahan A. cha cuba bersabar dgn bagi kata2 yg matang dan waras. cha kawal amarah dan geram cha kat A. berjuta2 kali Cha explain pada A , bahwa cha dan M dah x de apa2. tp dia x percaya. dia tuduh cha nak rampas bf dia, rosakkan hubungan dia n macam2 lagi..
cha betol2 x paham.. apa salah cha ea? kawan2 cha byk tolong cha hadap si A nie. tp A ttap berdegil dan sedaya upaya letakkan semua ksalahan pada cha. cha pelik knapa dia tuduh cha yg call bf dia sdangkan bf dia yg call cha???? last2 baru cha tau yg bf dia terlupa pd 26 jun tu , dia yg call cha. then mulalah hantar mesej minx maaf bagai. si A pown ada minx maaf gak. tapi sampai ke hari ni, si A stalk fb dan blog cha.. dah berpuluh2 kali A ni minx maaf pd cha sebab ganggu edop cha.. cha malas nk ckp apa2.. org macam nie x boleh bg muka sgt. mmg betol jangkaan cha, dia masih x berpuas hati dgn cha. minggu lpeas M asyik call cha. cha malas nak angkat. terdetik utk tau mungkin ada urusan. tepat jangkaan cha, dia soh cha delete post ttg cerita dia dtg lawat cha ke kolej cha dulu.. cha paling x suka bila tgk lelaki jadi bodoh macam lembu sampai kan follow je apa yg gf soh. even bnda tu sgt x relevan utk di request. dia layan je sifat cemburu buta si A. 
M salu tanya cha, yg cha masih sayangkan dia lg x.. rindu kan dia dan masih mahukan dia lg @ x.. cha jawab "TIDAK". Tp M masih boleh cool contact cha lg. ble cha ckp nk tutup call, M mesti cakap, "saya rasa x puas nak bersembang ngn awak lagi.. saya dengar suara awak pon rse tergoda". sdgkan cha ckp dingin je dan sambil tinggikan suara dgn dia. haish...! tup! tup! gf dia tuduh cha yg menggedik ngn M. dalam dialog sebenar , bf dia yg menggedik dgn cha. last week dia bg cha bersembang dengan mak dia. lama jugak la cha bersembang ngn mak dia. cha mula terpikir.. knapa M mlaga2 kan cha dengan si A?? dia suka tgk diri dia jadi rebutan? dalam situasi nie... cha bukan watak perebut. cha bukan bodoh utk rebut lelaki. si A mmg betul2 x puas ati dengan cha. keep pointed at me..cha da x tau nk ckp mcm mne dgn dia.
cha bt fb baru. then cha add kawan2 g cha kenal. dgn spotannye laju jer cha tekan add friend kat friend lists cha trmasuk lah si M tuh. esok mlm nyer cha tros dapat mesej maki hamun dr A. dia tuduh cha nak rampas M. mse tuh cha rse nak muntah bce ayat dia.. mcm2 dia hina cha. hurm si A ni berpurdah sgt. tp prangai MasyaAllah... cha cbe cakap elok2 dgn dia, dia bg ayat yg sgt x sesuai dgn perwatakan LUARANNYA yg tampak islamik. Allah.. sedih cha tgk. kesian kat niqabis lain.. klau cha nie jenis org yg prejudis, rsenyew dah lme niqabis2 lain pown mnderita terkena tempias perlakuan dan percakapan buruk si A nie. 
hurm cha harap si A dan M berhenti ganggu hidup cha. kalau mereka nak bernikah cha harap mereka percepatkanlah. cha dah x sanggup tgk munafikin. x sgp difitnah sdgkan cha x tau apa2 dan x berniat buruk walau sebesar zahrah. rse berdosa bila x tegor. tp bila ditegur, habis melenting disemburnyer cha dgn kata2 yg hyper hina. kdg2 kesian cha tgk si A nie. hurm mereka silap prinsip. mereka sangka tanpa kehadiran cha , mereka akan happily ever after. mereka silap sebab mereka lupa bahwa jodoh bukan di tangan mereka. tp di tangan Allah S.W.T..
-LA TAKRABU ZINA-

1st post: Welcome To My Life (at UniMAP)




Allahu.. lmenye tak update status. cha tersangat2 bz utk 2 bulan nie. hari ni dah masuk hari yang ke 28 cha bergelar seorang mahasisiwi di Universiti Malaysia Perlis. banyak pengalaman baru yg cha dapat. seronok taw masuk U. mmg betol cakap2 senior2.. :)tuzkicrazyrabbitemo pahit manis tu semestinyer lumrah yg ada utk tambah kelazatannyer hidup ni.

FYI, kat U cha blajar dalam bidang Computer Network Engineering . fakulti Komputer dan Perhubungan. sronok taw .. ;) cha dapat ramai kawan2 baru..tuzkicrazyrabbitemo nie la diorg sumer.. 
(pa'ah, huda, yana, neji, pijah, farah, ima, wani, dan bow)

ni geng2 cha, sayang sgt kat diorg. kat sini diorg la famili cha.. diorg banyak tolong cha even cha x mnx tolong pown diorg tolong. terharu taw...4 taon kat sini, kami akan tempuh susah senang bersama. Insyaallah...tuzkicrazyrabbitemo

yg bawah ni pulak roomates cha...
irin dan kak faeza

so far alhamdulillah cha boleh keep up and survive life style kat sini. mula2 mmg rse susah sebab ari2 kne kejar bas nk pergi dan balik kelas. lme2 rse seronok. paling klakar dan best time ktorg ramai2 berlari ke pintu bastuzkicrazyrabbitemo. macam budak2 kecik. hehehe..padahal sumer nye dah bosar2.

kat U cha jd penyanyi kebudayaan.tuzkicrazyrabbitemo 2 minggu pertama kat U tersangat lah bz. sampai x sempat nk rehat2. asyik ada event. pengalam terbaru cha kne mnyanyi perform mse Majlis Santapan Malam Tuanku Raja Muda Perlis dan Permaisuri di Dewan Warisan, Kuala Perlis. cha dibayar utk menyanyi. sedikit sebanyak duit tu boleh tampung belanja cha kat sini.

minggu lepas something bad happen taw. hp baru cha hilang dlam bas. tercicir. mmg sedihtuzkicrazyrabbitemo. tp x pelah. x de rezeki la tuh. ada hikmah nye. t la kan.. cha lalai sangat.. learnt from mistake.. ^^

erm esok pagi echa kne pergi ke Sg. Chuchuh sb ada pjumpaan Ko-K. Cha masuk kor siswa-siswi pertahanan awam. bubye untill we meet again... xoxoxoxo!