bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Wednesday, November 20, 2013

Korban Cinta kerana Illahi

Nama diberi  Humaira. ini kisah aku dan Dia... :) sebelum aku menemui cintaNya, aku pernah menjalin cinta dengan seorang hambaNya yang bernama 'Domo Sid.'... hehe.. bukan nama sebenar. aku suka panggil dia.Domo sebab dia suka Domokun..
 
 alah menatang nie la...
Perkenalan aku dan encik Domo memang tak dijangka. Segalanya bermula apabila kami bersoal jawab tentang isu "orang yang LIKE gambar tidak menutup aurat juga dapat dosa sebab ibarat menyokong tindakan membuka aurat tu.." di facebook. aku dan encik Domo paling banyak mengomen. dia tanya , aku jawab. dia tanya aku jawab lagi... sampai lah tiba-tiba dia add aku sebagai friend dia. aku pun accept la..
kami mula berkenalan.. setiap hari, aku dan dia chatting. kalau dah chatting tu laaaaaama sangat. dia pernah minta nombor tau, tapi waktu tu aku berkeras tak nak bagi lagi sebab aku baru je kenal dia. tunggu dah lama sikit la baru aku bagi. aku cerita kat dia yang aku ada blog.. (^^)  dia pun stalk la blog aku.. dia cakap dia suka blog aku... yang paling dia suka lagu background blog. aku taruk lagu KIMIA-MELDA AHMAD. hehe. jiwang kan... haha. 
tak lama lepas tu, dia minta aku ajar dia macam mana nak buat blog. aku pun ajar la dia. aku tolong dia hias blog. aku buat cursor blog dia gambar Domo! huuuu.. dia suka sangat... :) beberapa bulan kami kenal, kami pun 'couple'. setiap masa tak kira siang atau malam dia selalu mesej aku.. call aku.. dengar masalah aku.. di facebook kami tak buat relationship. tapi kami buat...
kami happy sangat.. biasalh kan. baru2 couple. segalanya manis.. segalanya indah belaka~ sampai lah pada 1 ketika... aku mula sedar.. aku mula rasa yang aku semakin lupa kepada Dia. aku semakin dibuai-buai dengan cinta yang belum pasti arah tujunya.. benar.. benar sebagai manusia biasa. yang ada rasa ingin dicintai dan mencintai... aku PERNAH mencintai encik Domo. namun, cinta ku kepada Tuhan ku lebih utama. jika cinta ini melalaikan... bodoh lah aku sekiranya aku merelakan diri ini hanyut dalam lembah nafsu.
akhirnya.. aku kuatkan hati meluahkan rasa yang terbuku. aku tak mahu Dia membiarkan aku walau dalam kadar sekelip mata. aku mahu kembali padaNya. pada malam tu.. aku meyusun bait-bait ayat dengan teratur supaya encik Domo faham akan perasaan dan maksud sebenar apa yang aku ingin sampaikan padanya. aku takut jugak kalau tiba-tiba dia salah faham. Alhamdulillah... selepas aku terangkan segala-galanya.. encik Domo dapat menerima. syukur. aku dan dia berjanji... satu hari nanti.. dia akan datang menemui aku. kami akan menjalinkan hubungan yang lebih diredhai. jalan perNIKAHan.. namun janji itu hanya sekadar meniti dibibir saja. tidak ada 'hitam putihnya'. sekadar berbekalkan KEPERCAYAAN, KESETIAAN dan KEIKHLASAN., aku dan encik Domo membawa haluan masing-masing. 
aku sudah berada di sem ke-4 di kolej.. tiba-tiba hati terdetik nak blog walking di blog encik Domo.
tiba-tiba aku terbaca artikel yang dia post di bawah ni.
terharuu rasanya.. :) dia masih ingat aku. berbunga2 rasa hati ni..
 dah lama aku tak tanya khabar dia. ada sekali sekala aku stalk fb dia. tp tak selalu. jarang-jarang... aku perasan juga dia selalu tag nama seorang muslimah dalam status-status nya. hati ni tertanya-tanya juga. siapa perempuan tu. tapi, aku positifkan fikiran dan hati aku... mungkin kawan baiknya. mungkin sepupunya.. mungkin saudara2nya yang aku tak kenal.
aku masih mendiamkan diri. final exam semakin hampir. pada 1 malam .. aku tengah sibuk study tak ingat dunia. dah lama tak de orang call malam-malam macam ni. terkejut bila aku tengok nama encik Domo terpapar di skrin handphone. aku berlari keluar bilik, sebab aku malu nak cakap dengan dia bila kawan-kawan ada kat bilik. aku tarik nafas dalam-dalam. as soon as aku tekan button call, suara yang sekian lama aku tak dengar, hinggap di gegendang telinga. hampir 2 tahun kami tak berhubung. rindu di hati ni. Allah je yang tahu. aku tak pernah meluahkann pada sesiap tentang kisah aku dan encik Domo. aku pendam sendiri.  tak ubah seperti novel yang aku nukil kan untuk tatapan sendiri.
encik Domo: Assalamualaikum.. 
Humaira:Wa'alaikumussalam..
encik Domo: saya saja call nak tanya khabar..
Humaira: sy Alhamdulillah sihat.
encik Domo: sebenaarnya saya nak tanya awak sesuatu..
Humaira: Nak tanya apa? tanya laa..
encik Domo: awak masih tunggu saya ke?
Humaira: Ye sy.. sy masih tunggu awak..
aku jawab sejujurnya tika itu. dia kedengaran seperti orang yang serba salah. suara nya macam bunyi penyesalan. 
encik Domo: kenapa awak tak contact sy?
Humaira: saya malu nak mula..
dan akhirnya dia bagi tau yang dia dah ada orang lain.. tiba-tiba air mata jatuh tak sampai sesaat lepas dia habiskan ayat tu. aku masih sembunyikan sedu tangis ni. tapi... encik Domo dapat hidu. dia tau aku menangis sedangkan aku tak keluarkan satu bunyi pun. pada saat tu bermula la konflik dan dilema antara aku dan encik Domo. dia buntu nak pilih antara aku dan kkasih barunya. aku redha. aku dah lama set dalam kepala aku yang aku tak berharap pada cintanya semata2. walaupun namanya 'gantung' hubungan tapi aku rasa tak ubah seperti sebuah kehilangan. aku dah lama kehilangan dia..aku boleh terima..
tanpa diduga.. kekasih barunya dapat tau yang kami kembali berhubung walau tak seperti dulu lagi. siang malam aku diganggu. aku dihina. dilemparkan dengan tuduhan melulu. sedangkan yang menjadi mangsa keadaan adalah AKU. 
tak pernah terlintas di fikiran aku yang aku akan diduga sebegini rupa. percaya atau tidak.. sehingga saat ini.... kekasih baru dia masih STALK aku. mungkin sebab dah kurang kepercayaan pada encik Domo. aku tak pernah memulakan perbualan dengan encik Domo. tapi aku juga yang dituduh perosak hubunga mereka. aku juga dituduh menggatal. sedangkan 90% call dari encik Domo, aku REJECT. sebab.. aku SUDAH BERHENTI BERHARAP..
Kini hanya cinta Rabb ku, yang ku dambakan. sungguh jauh lebih manis dari cinta lelaki yang aku sendiri tidak yakin dengan tahap imannya.yang aku sendiri tidak yakin ketulusan hatinya.. ya Rabb... semaikan lah cinta ini hingga ke alam syurga. sebarkan lah bahagia ini kepada encik Domo dan kekasih barunya. moga mereka tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan dan perangkap kelicikan syaitan (CINTA ISLAMIK). ya Rabb.. mungkin 1 hari nanti Kau akan menganugerahkan aku seorang Imam dan pemimpin yang fiqrah. aku mohon jangau lah Kau palingkan hati aku setelah Kau memberi cinta Mu ini pada ku... aamin.

No comments: