aku dah mula rasa macam dulu balik. ya Allah kenapa aku ni lemah sangat? senang2 je nak buka hati aku untuk insan bernama lelaki?. ya Allah.. aku tak tau apa yang dia ucapkan pada aku tu sumer betul atau pun pdo'oh blaka. haaaa aku tak nak pikir pasal ni. tp benda tu dtg sendiri. ya Allah dalam hati aku ni ada satu tempat je. kalau aku dah letakkan tempat tu dengan makhluk kat mana aku nak letak Engkau ALLAH? aku sedar ni semua ujian dari Engkau. aku kena kuat.. Aishah please.. janganlah lemah sangat.
kau cakap kau nak jadi mujahidah. nak jadi mukminah yang dicintai Allah. jadi kau kena tahan nafsu dan tundukkan pandangan. memang dulu kau ngan dia penah ada rasa sayang tapi tak bermakna dia lah segala-galanya sehingga matlamat engkau untuk mencapai redha-Nya menjadi kabur sehingga kau lupa bahawa kau dalam perjalanan hijrah. takkan kau nak berpatah balik?
kenapa engkau mesti rasa sunyi? ya Allah aku tak mau sendiri! aku lupa... bahawa Engkau sentiasa berada dekat denganku. lebih dekat dari urat leher ku.
aishah.. sampai masa jodoh engkau sampai , sejauh mana pun tetap akan bersatu. buat masa sekarang jangan pikir soal jodoh. soal cinta sedangkan Allah da tuliskan di luh Mahfuz segalanya tentang engkau. rahsia2 yg kita akan dapat. jodoh, rezeki dan ajal...
buang rasa cemburu engkau pada yang bukan hak engkau...
kenapa harus cemburu sedangkan aku dan dia tiada ikatan. aku ingin berdakwah. aku ingin menjadi muslimah lindungan Allah. aku nak mati syahid! impian aku untuk mati syahid...
#alhamdulillah... terima kasih ya Allah kerana sentiasa bersama aku. kerana tidak pernah membiarkan aku keseorangan walau dalam kadar sekelip mata... :) ya Allah.. Engkau sangat sweettt~~


No comments:
Post a Comment