walla! ini la ikan patin masak tempoyak,.. sape tak pernah makan ikan patin ni, angkat satu kening!! ok trimas..
kalau kite tengok ikan patin ni banyak kaler(colour), and rasa pun ada len2 siket.
yang ni ikan patin masak tempoyak. kita leh wat hipotesis. semakin banyak kunyit semakin kuning warna kuah die.
nak rasa pekat tambah tempoyak banyok sket. adess da berkecur air liur neyh.. ikan patin ni boleh dipelbagaikan. boleh buat...
ikan patin masak lemak
ikan patin bakar
ikan patin stim + kuah asam
banyak lagi korang leh buat. ikut selera & kreativiti masing-masing la nak wat resepi macam mana. bawah ni ada resepi buat ikan patin masak tempoyak. selamat men'try'!
RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Bahan-bahan ( 4 org makan )
- 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
- 6 biji bawang putih (tumbuk)
- 1 inci halia (ketuk)
- 1/2 inci kunyit (tumbuk)
- 13 biji cilipadi (tumbuk)
- 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
- 1 mangkuk kecik tempoyak
- daun kesom seikat
- air secukupnya
- ikan patin sederhana besar
Cara-cara
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
- Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
- Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
- Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
- Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
- Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
- Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
- Kemudian boleh di hidang.
- P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?
aq copy paste resepi ni. tapi sama jew. ok...
No comments:
Post a Comment