bE mY fAvOuRiTe PeOpLe

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~

BlOg InI tIdAk MeNgGuNaKaN bM yaNg BeTuL,, sOrrY~
ku akui, kelemahan ini.. ku insafi, kekurangan ini... ku kesali, kejahilan ini...

Sunday, February 5, 2012

DoA sEoRaNg KeKaSiH (II)


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Wednesday, February 1, 2012

AeRiL zAfReL!! i hAtE yOu!!

haha terkejut la toh bcew title kat ats neyh. AERIL ZAFREL I HATE YOU B'COZ U MAKE ME LOVE YOU~ wahahaha.. miang gak eh? lek r jgn kutuk2.. chill~ sudah geng..:)

aq nie outdated siket. mamat nie blh thn lama da femes n ramai yg kenal. tp aq bru start angau ngan mamat nie time tgk citer 'aku tak bodoh'. huh meleleh air mata tengok citer tuh. sadis. lpas aq dok layan tgk mke ensem mamat neyh tbe2 tgn aq menggigil. erk hehe.. aq menggigil blew tgk org hensem. nk wat tutorial pon tulisan da jd cam signature zeti aziz. plg syok tgk time die bertumbuk2 tuh. fulamakk fleksibel la body die. mmg stylish abis.! aq skew....:) ehehek to my hubby jgn jeles ea.. i'm a loyal person. u pown apew kurangnyew. woot! woot!~


Biodata Profil Aeril Zafrel

NAMA: Suhairil Suhari
PANGGILAN KOMERSIAL: Aeril Zafrel
TARIKH LAHIR: 2 Disember 1988
USIA: 22 tahun
KARIER: Pelakon
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak ke-4 daripada 5 beradik
DRAMA: Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi, Kita, Senja Permai, Durja Ningsun dan Klik
FILEM: Aku Tak Bodoh
MULA BERLAKON: 2008
Gambar Aeril Zafrel
 Biodata Aeril Zafrel,Gambar Aeril Zafrelgggrrr... sabor-sabor. astaghfirullah... :)
Aeril+Zafrel1 Biodata Aeril Zafrel,Gambar Aeril Zafrel
 Biodata Aeril Zafrel,Gambar Aeril Zafrel
Aeril+Zafrel22 Biodata Aeril Zafrel,Gambar Aeril Zafrel
cair cam coklat da nie..~

Tuesday, January 31, 2012

MuSLImAh MeMaNg TaK GuNa

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Mari Membaca!
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32)

Thursday, January 26, 2012

sAyA dAH pAnDaI mAsAk IkAn PaTiN mAsAK tEmPoYaK!

Semalam aku & family pegi pasar malam. Ummi & Babah beli ikan patin. urmm.. hehe Ummi nak masak ikan patin! Erk? malam tu Ummi cakap. "Angah la masak. Angah pandai basuh ikan patin?". "Pandai... pandai~." TV Baby emoticon aku jawab. Lepas basuh2.. Ummi cakap pandai buat ikan patin? urm ikan patin masak tempoyak ke Ummi? TV Baby emoticon ye laa..~

walla! ini la ikan patin masak tempoyak,.. sape tak pernah makan ikan patin ni, angkat satu kening!! ok trimas..
kalau kite tengok ikan patin ni banyak kaler(colour), and rasa pun ada len2 siket.
yang ni ikan patin masak tempoyak. kita leh wat hipotesis. semakin banyak kunyit semakin kuning warna kuah die.
nak rasa pekat tambah tempoyak banyok sket. adess da berkecur air liur neyh..TV Baby emoticon ikan patin ni boleh dipelbagaikan. boleh buat...

ikan patin masak lemak

ikan patin bakar

ikan patin stim + kuah asam

banyak lagi korang leh buat. ikut selera & kreativiti masing-masing la nak wat resepi macam mana. bawah ni ada resepi buat ikan patin masak tempoyak. selamat men'try'!

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?

aq copy paste resepi ni. tapi sama jew. ok...TV Baby emoticon